Wednesday, June 2, 2010

saya bebas!!!

yeah!!! saya suda bebas hari ini dari cengkaman buku-buku yg 'berhantu' itu..yes!! exam midyaer saya suda abez!!bersiap sedialah wahai laptop ku,hari ini aku akan bersama mu untuk jangka masa waktu yang sangat lame..yeah!!dan bersiap sedia juga lah katil empuk n bantal 'busuk' ku aku tidak akan melepaskan kamu hari ini..hurray!! saya nak 'qadak' semua benda yang saya xdpat buat time exam selama 3 weeks yg lepas..suke nye!!!! wink,wink!! toink,toink!! hehe



saya bebas!! yeah!! toink,toink!! :)

hanya untuk AWAK.. :)

awak,saya nak ucapkan banyak-banyak terima kasih dekat awak..terima kasih sangat-sangat sebab pernah hadir dalam hidup saya walaupun untuk seketika..walaupun hanya seketika,ia amat bermakna bagi saya..awak,terima kasih juga sebab bagi diri ini untuk menyayangi diri awak..terima kasih sangat-sangat..saya akan ingat saat-saat itu sampai bila-bila..terima kasih juga sebab awak sudi maafkan segala kesalahan yang telah saya lakukan terhadap awak..terima kasih sangat-sangat..sekali lagi saya nak ucapkan terima kasih sebab awak sudi terima saya untuk menjadi kawan dan adik awak walaupun saya dah buat macam-macam terhadap diri awak..saya harap,hubungan ini tidak akan berakhir sampai bila-bila..saya doakan,moga awak bahagia dengan si dia pilihan hati awak..



:) moga bahagia!!!

kenangan terindah

di saat ini,
hujan turun dengan derasnya,
sama seperti derasnya masa yang berlalu.
tika ku duduk termenung,
ku terlihat anak-anak kecil ligat bermain hujan,
di saat itu ,
ku terkenang semula kenangan lalu,
kenangan yang amat bermakna buat kita.
di saat hujan seperti inilah,
kita membina sebuah kenangan yang begitu indah,
sunggguh indah hinggakan tiada siapa yang berani membantah.
ku teringat di saat itu,
kita bersuka ria beramai-ramai tanpa mempedulikan orang lain,
kita bagaikan sebuah keluagra yang bahagia,
sungguh bahagia sekali,
hinggakan ku berasa seperti ingin mengembalikan waktu itu.
tapi,
semua itu tidak mungkin terjadi,
semuanya hanya tinggal kenangan,
kenangan indah yang telah menjadikan kita begitu mesra sekali.
ku akan pastikan,
tiada kenangan yang dapat menandingi kenangan itu,
kenangan yang akan menjadikan kita bersama hingga ke akhir hayat nanti.

Tuesday, June 1, 2010

sahabat

dulu,
kita sering bersama,
kemana-mana pasti kau bersamaku,
segala halangan kita tempuhi bersama,
itu janji kita.
tapi kini,
kita telah dewasa,
masa telah memisahkan kita semua,
kau,aku,dia,mereka,
semua telah berpisah mengikut haluan masing-masing.
tapi,
walau sejauh mana pun kita berpisah,
ikatan itu tetap satu,
ikatan itu tetap kukuh,
ikatan yang akan ku kenang sampai bila-bila,
iaitu ikatan persahabatan yang terjalin antara kita.
*kepada kawan2 ku,ingtlah daku dlm doa mu..
syg korang giler gaban..

tak sanggup

memilikimu satu keindahan,
menyayangimu satu keistimewaan,
bersamamu satu kemestian,
dan mencintaimu satu kewajipan.
tapi,
kehilanganmu,
kepergianmu,
tidak pernahku relakan,
tidak pernah sama sekali kau hilang dari ingatanku.
sayangku,
kasihku,
kembalilah kepangkuanku,
ku amat mencintaimu sayang.
*ramai kawan suke yang nie..dyeorg kate menarik..
bru buat time exam td.. haha :)

Monday, May 31, 2010

pengakuan ikhlas dariku

awak,kenapa awak lari dari saya..??

maafkan saya awak..

saaya rasa sunyi tanpa diri awak..

awak,sebenarnya saya sayang dekat awak sangat-sangat..

saya xsanggup nak kehilangan awak lagi..

awak,kembalilah pada saya..

saya tak nak hilang orang yang saya sayang lagi sekali..

awak,tolonglah faham diri ini..

saya tau saya tak layak untuk diri awak,tapi saya tak boleh lupakan awak..

awak,janganlah lari lagi..

pulanglah sayangku..

saya masih cintakan awak lagi..

cinta awak sangat-sangat..






khas untuk orang yang telah menyayangi diri ini dan untuk semua org yg diri ini sayangi..

fahamilah isi hati ku..

keindahan yang menghilang

dulu ku punya segalanya,
kehidupanku tak ubah seperti raja,
segala kemahuanku ia turuti,
sayangku,cintaku akan ku miliki.
tp semuaanya tidak kekal lama,
semenjak ia pergi dari sisi,
kehidupanku telah berubah,
aku tak mampu untuk memiliki apa-apa.
sekarang baru ku sedar,
bahawa dialah dewaku,
tanpa dirinya,
diriku merana.
tapi apa yang harusku lakukan?,
aku mahu dirinya kembali,
duhai cintaku,
duhai sayangku,
ku mohon kembalilah kepada ku.